CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 3, 2010

Menu di Hari Ahad

Assalammualaikum semua dan salam ahad pada semua. Hari nih saya tak kemana-mana disebabkan Mr Hubby on call (mcm doktor la plak). So disebabkan itu harus masak dengan cepat takut-takut kena pegi keje awal. Bangun pg td terus la ke dapur. Malam td dah terfkr nak masak (kelas akak nak msk pg mlm dah fkr...hehehe...nih bila vitamin R ada dlm bdn..) Malam td pun dah berkira-kira ngan Mr Hubby nak masak nasi lemak tp disebabkan hujan lebat mlm td menyukarkan utk beli santan (stok santan kotak pun dah takde kan...) so Mr Hubby pun btau ikut la nak masak apa. Dia pun dah btau takyah masak byk-byk kali sebab dia pun tghari dah nak kena g keje. So saya pun decide nak bt nasi tomato. Memula igt nak makan dgn Ayam Masak Merah tp rasa mcm nak try la nasi tomato mkn ngan ayam masak kuzi (resipi N3 sebelum nih..kira nih 2nd attempt la..)pastu korek-korek lg isi perut peti sejuk tuh..ada la bahan-bahan yang boleh diolah utk buat acar mentah..tp nih acar mentah ala saya...hehehe...

Menu arini kira lengkap la sebab siap ada desert lg...desert saya buat chilled blueberry cheesecake. Resipi saya amik dari blog maza tp saya olah..dalam resipi maza, dia pakai biskut marie tp saya pki digestive biscuit untuk base dia..hehehe...sori maza sbb suka suki alter resipi ko...

Jom jamu mata sekejap...

Nasi Tomato


Bahan-bahan:

3 1/2 pot kecil beras
2 sudu besar tomato puree
1 labu bawang besar putih (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
2 batang serai (dititik)
2 helai daun pandan (disimpul)
2 sudu besar mentega (saya guna butter)
1 kiub ayam
bunga lawang
kayu manis
garam
air secukupnya untuk memasak nasi
bawang goreng - untuk hiasan

Cara pembuatan:
  • Beras dicuci bersih dan ditoskan. Cairkan mentega dgn api yang perlahan bagi mengelakkan mentega hangus. Apabila mentega telah panas masukkan bunga lawang, kayu manis, serai yang dititik dan daun pandan.
  • Setelah itu masukkan bawang besar yang dihiris halus dan biarkan layu sebentar dan masukkan bawang putih serta halia. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan tomato puree tadi dan biarkan naik minyak seketika. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan bahan-bahan tadi hangit.
  • Masukkan kiub ayam dan garam. Kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan beras td dan gaul seketika. Beras dimasukkan bersama untuk memastikan bahan-bahan tadi mesra. Tutupkan api dan masukkan beras td ke dalam periuk nasi serta masukkan air secukupnya. Tekankan cook dkt rice cooker anda utk pastikan nasi masak...hehehe...
  • Setelah masak taburkan bawang goreng.

Acar Mentah Ala Cik Tijah


Bahan-bahan:

1 labu bawang besar putih (dihiris kasar)*
1 biji lada benggala merah (dipotong panjang)*
1 biji lada benggala hijau (dipotong panjang)*
1 biji tomato (dipotong lapan)*
1 biji lemon/limau nipis (ambil jusnya)
1 sudu besar minyak zaitun
lada hitam
garam

Cara pembuatan:
  • Satukan bahan-bahan * didalam mangkuk. Letakkan garam dan gaulkan. Perapkan dalam 5 minit sebelum dicuci dan toskan.
  • Masukkan minyak zaitun, lada hitam dan perahan lemon/limau nipis dan gaulkan
  • Hidangkan di dalam pinggan/mangkuk dan taburkan daun ketumbar. Sedia untuk dimakan

Ayam Masak Kuzi (2nd attempt)

Resipi untuk ayam masak kuzi sila lihat dkt N3 ini. So kali nih just jamu mata je la ek.

Chilled Blueberry Cheesecake

Dekat sini just share gambar CBC nih. Nak resipi klik disini

p/s: time bosan mcm nih macam-macam bda nak dimasak..tp bila penyakit M datang confirm gantung periuk belanga la jawabnya...hehehehe

No comments:

Post a Comment