CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 27, 2012

Sehari Di Tadika

Hi all..

Actually nih entry basi plus cendawan tp still nak masukkan jgk sebab saja nak membuang masa plus sharing apa yang ahkak rasa semasa menghantar anak g tadika..*tadika je pun* tp seyes mmg pengalaman yang sangat menyeronokkan..agaknya macam tu kot time mak bpk kita anta kita g tadika or sekolah..

Pengalaman bermula a week before school break berakhir di mana preparation beli beg, beli stationery, beli kasut and all the need utk pegi tadika..lepas tuh pegi daftar sekolah and beli baju sekolah..*amik ko ahkak beli smpi 4 pasang baju kes mls nak iron baju ari2* setel smua tuh pegi gunting rambut plak..before tuh rambut si kakak ni mmg dah pendek so lebih pada trim je bahagian depan tuh..;)


4 Januari 2012

Jam 7 pg aktiviti mengejut kakak untuk pegi sekolah. Sian plak memula tuh bila tgk dia bgn pepg and mandi. Dia nih plak jenis tak suka mandi pakai heater so harus la mandi dengan air sejuk je..menggigil-gigil dia lepas kuar bilik air..siap pakai baju bagai aktiviti wajib bangun tido ialah MENYUSU a.k.a isi tank dulu before pegi tadika..

Then dah setel tuh terus gerak g tadika dia dlm lbh kurang 15 minit sampai..tapi before sampai tuh dlm keta masing-masing senyap sunyi..ahkak dalam ati pun dah tak tau nak kata apa..risau tuhan je yang tau..risau fikirkan mcmana dia dkt tadika nnt mcmana dia nak g toilet mcmana kalu org amik barang dia nnt...penjuru kelas ke tempat dia port kalau merajuk..nangis ke dia kalu ibu and ayah dia tinggalkan dia dkt tadika...wahhh...so many thing dlm kepala nih..mmg berdebar tahap gaban la kalu ikutkan...

Finally sampai jgk dkt TADIKA HAPPYLAND...hopefully my little kid happy always happy being here...hehehehe...bila dia masuk kelas ibu dia asik meninjau-nijau je ngan dia..ddk dpn pintu je...dia pun kejap2 tengok pintu..ayah dia dah lepak luar dah...about half and hour jgk la ibu ddk dpn pintu kelas..hehehe..setelah agak lama dkt situ plus si baby khaleef pun mcm dah tak comfort plus ngantuk nak tdo we move from kindergarten..masa ckp ngan dia ibu nak balik tetiba dia merengek...mak dia dah mula kelam kabut...alhamdulillah i can manage the thing...slowly mak ckp

'rina kena ddk sini takmo nangis kejap lagi ibu datang balik'..:)
mmg bersyukur sangat bila dia tak menangis bila pegi tadika coz ada bdk yg dah berjuraian airmata risau gak kalu terikut tune bdk tuh...hihihihi

For one week tadika bt orientasi utk bdk-bdk ni so they all blk awal..kul 10.30 dah balik..so for the first blk kakak dah kena naik van sekolah (walaupun tadika n rmh mak long sekangkang kera je silap-silap kangkang kera lgi besar...hehehe..alasan naik van mak long mls nak pick u up baby...) mmg anak mak cpt lupa diri...pepg cam sedey tp bila dah main playground dpt naik van sekolah lupa ibu ayah hokayyyy...erm rasa itu je kot update utk kakak g sekolah...for a month nih dia mmg sukses la blk rmh trs bt homework..pastu nyanyikan lagu utk adik dia walaupun wording ke laut..but adik dia enjoy bila dgr lagu ke laut kakak..dia pun seronok bercerita apa jadi dkt tadika..sapa menangis sapa terkencing dlm seluar...sapa nama kengkawan dia...but the most story yg dia citer satu yang mak rasa takleh nak carry bila dia ckp ngn ayah dia...
'ayah rina ada kawan nama dia danial...tdkan ayah, danial nak dukung kakak'
ibu terdgr terus urut dada...tetiba rasa nak pitam...hihihi...so ok for now bos mak pun dah terjah-terjah bilik...sgt tidak mententeramkan jiwa nak berblogging...chiow...

Let's enjoy the piccas...

Trim rambut before start sekolah

Sure terlentok nak tido time gunting rambut

Done...dah mcm anak cina jual sayur dah...:P

Baru sampai...muka sedey je...

Cikgu tengah menyusun tempat duduk anak murid

Inilah satu-satunya budak yang nangis dalam kelas dia...risau mak tkt jd 'penyakit berjangkit'

Tengah berkumpul tgu parent and pakcik bus dtg pick up..dia sudah jumpa kwn and tak sedar ibu dah sampai

see i told u before...sgt cpt dpt kwn baru..

pantang jumpa playground cepat je nak main...siap ada bibik tlg tolak lg...walhal teacher dah bising suh standby nak blk...*pitam mak*

Dah dalam van sekolah nak blk...takde perasaan takut langsung..suka lg ada..

Tak sempat sampai rumah dalam keta sajork sudah terlelap..letih kena bgn pg...

Sudah sampai rumah...together-gether ngan adik tgk kartun...:)

2nd day pegi tadika...time nak tunggu Pakcik Agus a.k.a pakcik van...

3rd day nak pegi sekolah...hari jumaat kena pki sport attire..tgu van smbl tgk kartun dkt rmh mak long...:D

p/s: terigt kakak menyanyi lagu bgn pg g sekolah..so cute masa dia menari-nari pastu adik gelak suka ati...hehehehe

Thursday, January 26, 2012

Masak Di hujung Minggu

Assalammualaikum...

Setelah bercuti lama nih mood nak keje pun tak mari-mari..jenuh tiup segala bagai mentera tp still tak datang gak mood plak..ditambah plak kena bt keje adhock..trs jd stress plus malas..so drp tak tau nak buat apa baik update blog kan..at least blh gak merapu skit & hilangkan stress yang dah mengetuk pintu hati..*ayat novel sangattttt*

So last wiken actually balik kg perak and sempat la plak berpiknik di Teluk Batik (story pasal piknik nnt ek..) tp 3 ari je ddk kg..ari isnin dah blk s.alam blk sebab takut jln jem plus keje dkt rumah yang menimbun tak setel lg..tkt la tertunda so decide utk blk isnin ptg..on the way balik tuh singgah la pasar malam dkt kuala selangor..Mr Hubby pun sempat la membeli ikan n udang untuk santapan esk..lgpun dkt situ seafood mmg fresh belaka..kalu beli dkt freshmart mmg kompom la kan semua ikan dah pakai contact lens uols..tu belum citer plak Mr Hubby beli ikan dah busuk..*mmg pitam time nak siang ikan tuh nak marah pun tak guna sbb org laki beli ikan pakat beli je..takde la nak check condition ikan tu mcmana*

Bila dah beli smua tuh tetiba kepala blh blank tak tau nak masak apa..last-last decide masak je udang tuh SWEET SOUR PRAWN..resipi diolah ikut tekak sendiri plus barang yang ada dkt rmh...hihihi..so dkt bawah nih ahkak share la skit resipi n gbr untuk tatapan uols smua...


SWEET SOUR PRAWN

Resipi: Ciptaan sendiri ikut selera

Bahan-bahan:

500g udang (plg best kalu udang jenis besar or udang galah)
10 tangkai cili kering (dikisar)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
5 tangkai cili padi (dihiris)
1 potong nenas (dipotong dadu) - tak letak pun sbb takde stok :)
2 tangkai daun kari
kunyit
garam dan gula sesedap tekak

Cara memasak:

1. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan udang tadi. Setelah udang bertukar warna angkat dan toskan.
2. Dengan minyak udang tadi tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.
3. Setelah terbit bau masukkan daun kari dan cili kisar tadi. Masak sehingga cili tadi hingga kering setelah itu masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebati.
4. Jika bahan-bahan terlalu kering blh tambahkan sedikit air bagi mengelakkan bahan tumisan itu hangit.*jgn terlalu banyak air*. Kemudian masukkan tomato dan nenas. Kacau sehingga buah-buah tadi masak dan masukkan garam dan gula.
5. Setelah bahan-bahan betul-betul kering dan terbit minyak masukkan udang yang telah digoreng. Kacau sebati dan taburkan dengan hirisan cili padi. Siap tutupkan api dan boleh diangkat.
*Tak perlu tumis udang terlalu lama sebab udang dah sedia digoreng just nak pastikan udang bersalut dengan bahan-bahan tadi. Bila udang dimasak terlalu lama takut menyebabkan udang tu overcook and tak sedap*

Ini rupa SWEET SOUR PRAWN saya...






Monday, January 16, 2012

Khaleef is already 5 month

Hi peeps...

Lama sungguh menyepi daripada dunia blogging..lebih banyak membaca a.k.a bloghopping sajork..dalam ketika menyepi tuh sebenarnya tgh carry baby..ank no 2 and now dia dah msk 5 bulan uols..and his archievement dah pandai meniarap sewaktu usia blm cecah 3 bulan..so cepatttt kan..and sekarang dia tgh sibuk nak belajar utk move..itu montot sudah angkat tinggi tp bila dia push kepala ke depan...dumbbbbb!!!tersembam..terus nangis and trs nak upah susu...alasankan takmo ddk bawah lelama..so bt la taktik mcm tuh...mak dah biasa dah anak2 bt skill tuh...:P

His weight for this month pun tak byk naik instead of 1kg to 1.1kg increment everymonth..this month just naik 400g saja so total weight 7.2kg sajork..tp consider byk la jgk coz time kakak a.k.a rina dulu 7kg masa umur setahun..kakak is sooooooo kedinggggggg hokay until now...so bila baby dah msk 5 bulan nih ibu dia mula struggle nak ready utk prepare his first solid food...almaklumlah dah lama kot takde baby (walhal ank baru 2 org..hihihi) so mmg totally lupa nak bagi makan apa...hahahahahaha..so time bosan-bosan ini (ko bukan banyak keje ke tijah...ngeeee) mak gugel la kot-kot ada resipi yg menarik utk si dumuk tuh..after 1/2 day bloghopping nih jupe la jgk a few recipe yg menarik minat utk ibu bekerjaya and blh sharing dengan uols smua..sumber di ambil daripada dunia-anak-ku.. mohon copy tuan rmh...hihi...so pada sesapa yg rasa nak full info blh la pegi ke blog dia dkt atas..blh trs link dkt atas...

sumber: http://dunia-anak-ku.blogspot.com

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia
Kebiasaannya pada umur bayi empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) mereka mungkin bersedia untuk makanan pejal. Ada beberapa tanda yang menunjukkannya antaranya:
  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.
Namun, anda dinasihatkan merujuk kepada pakar kesihatan untuk memulakan makanan pejal, lebih-lebih lagi jika anak di bawah 6 bulan.

Kebaikan Untuk Bayi :
  • Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.
  • Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.
  • Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.
  • Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.
  • Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.
  • Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.
Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:
  • Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.
  • Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.
  • Bekalan susu ibu yang lebih stabil
so that all uols...and dkt bwh nih ada gbr si dumuk saya...


Ni muka a few hour after deliver...mata takleh buka sbb sepet sgt...


muka excited nak celebrate birthday kakak...atuk panggil dia yap ah loy bila pakai topi nih...:D


budak botak yg sepet...:D


style terbaru dia bila nak blaja moving...utk pastikan tak terhantuk bila move ke depan..landing kepala dulu baru jatuhkan montot...


p/s: kalu rajin nnt story psl kakak nyer skool..