CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 27, 2012

Sehari Di Tadika

Hi all..

Actually nih entry basi plus cendawan tp still nak masukkan jgk sebab saja nak membuang masa plus sharing apa yang ahkak rasa semasa menghantar anak g tadika..*tadika je pun* tp seyes mmg pengalaman yang sangat menyeronokkan..agaknya macam tu kot time mak bpk kita anta kita g tadika or sekolah..

Pengalaman bermula a week before school break berakhir di mana preparation beli beg, beli stationery, beli kasut and all the need utk pegi tadika..lepas tuh pegi daftar sekolah and beli baju sekolah..*amik ko ahkak beli smpi 4 pasang baju kes mls nak iron baju ari2* setel smua tuh pegi gunting rambut plak..before tuh rambut si kakak ni mmg dah pendek so lebih pada trim je bahagian depan tuh..;)


4 Januari 2012

Jam 7 pg aktiviti mengejut kakak untuk pegi sekolah. Sian plak memula tuh bila tgk dia bgn pepg and mandi. Dia nih plak jenis tak suka mandi pakai heater so harus la mandi dengan air sejuk je..menggigil-gigil dia lepas kuar bilik air..siap pakai baju bagai aktiviti wajib bangun tido ialah MENYUSU a.k.a isi tank dulu before pegi tadika..

Then dah setel tuh terus gerak g tadika dia dlm lbh kurang 15 minit sampai..tapi before sampai tuh dlm keta masing-masing senyap sunyi..ahkak dalam ati pun dah tak tau nak kata apa..risau tuhan je yang tau..risau fikirkan mcmana dia dkt tadika nnt mcmana dia nak g toilet mcmana kalu org amik barang dia nnt...penjuru kelas ke tempat dia port kalau merajuk..nangis ke dia kalu ibu and ayah dia tinggalkan dia dkt tadika...wahhh...so many thing dlm kepala nih..mmg berdebar tahap gaban la kalu ikutkan...

Finally sampai jgk dkt TADIKA HAPPYLAND...hopefully my little kid happy always happy being here...hehehehe...bila dia masuk kelas ibu dia asik meninjau-nijau je ngan dia..ddk dpn pintu je...dia pun kejap2 tengok pintu..ayah dia dah lepak luar dah...about half and hour jgk la ibu ddk dpn pintu kelas..hehehe..setelah agak lama dkt situ plus si baby khaleef pun mcm dah tak comfort plus ngantuk nak tdo we move from kindergarten..masa ckp ngan dia ibu nak balik tetiba dia merengek...mak dia dah mula kelam kabut...alhamdulillah i can manage the thing...slowly mak ckp

'rina kena ddk sini takmo nangis kejap lagi ibu datang balik'..:)
mmg bersyukur sangat bila dia tak menangis bila pegi tadika coz ada bdk yg dah berjuraian airmata risau gak kalu terikut tune bdk tuh...hihihihi

For one week tadika bt orientasi utk bdk-bdk ni so they all blk awal..kul 10.30 dah balik..so for the first blk kakak dah kena naik van sekolah (walaupun tadika n rmh mak long sekangkang kera je silap-silap kangkang kera lgi besar...hehehe..alasan naik van mak long mls nak pick u up baby...) mmg anak mak cpt lupa diri...pepg cam sedey tp bila dah main playground dpt naik van sekolah lupa ibu ayah hokayyyy...erm rasa itu je kot update utk kakak g sekolah...for a month nih dia mmg sukses la blk rmh trs bt homework..pastu nyanyikan lagu utk adik dia walaupun wording ke laut..but adik dia enjoy bila dgr lagu ke laut kakak..dia pun seronok bercerita apa jadi dkt tadika..sapa menangis sapa terkencing dlm seluar...sapa nama kengkawan dia...but the most story yg dia citer satu yang mak rasa takleh nak carry bila dia ckp ngn ayah dia...
'ayah rina ada kawan nama dia danial...tdkan ayah, danial nak dukung kakak'
ibu terdgr terus urut dada...tetiba rasa nak pitam...hihihi...so ok for now bos mak pun dah terjah-terjah bilik...sgt tidak mententeramkan jiwa nak berblogging...chiow...

Let's enjoy the piccas...

Trim rambut before start sekolah

Sure terlentok nak tido time gunting rambut

Done...dah mcm anak cina jual sayur dah...:P

Baru sampai...muka sedey je...

Cikgu tengah menyusun tempat duduk anak murid

Inilah satu-satunya budak yang nangis dalam kelas dia...risau mak tkt jd 'penyakit berjangkit'

Tengah berkumpul tgu parent and pakcik bus dtg pick up..dia sudah jumpa kwn and tak sedar ibu dah sampai

see i told u before...sgt cpt dpt kwn baru..

pantang jumpa playground cepat je nak main...siap ada bibik tlg tolak lg...walhal teacher dah bising suh standby nak blk...*pitam mak*

Dah dalam van sekolah nak blk...takde perasaan takut langsung..suka lg ada..

Tak sempat sampai rumah dalam keta sajork sudah terlelap..letih kena bgn pg...

Sudah sampai rumah...together-gether ngan adik tgk kartun...:)

2nd day pegi tadika...time nak tunggu Pakcik Agus a.k.a pakcik van...

3rd day nak pegi sekolah...hari jumaat kena pki sport attire..tgu van smbl tgk kartun dkt rmh mak long...:D

p/s: terigt kakak menyanyi lagu bgn pg g sekolah..so cute masa dia menari-nari pastu adik gelak suka ati...hehehehe

Thursday, January 26, 2012

Masak Di hujung Minggu

Assalammualaikum...

Setelah bercuti lama nih mood nak keje pun tak mari-mari..jenuh tiup segala bagai mentera tp still tak datang gak mood plak..ditambah plak kena bt keje adhock..trs jd stress plus malas..so drp tak tau nak buat apa baik update blog kan..at least blh gak merapu skit & hilangkan stress yang dah mengetuk pintu hati..*ayat novel sangattttt*

So last wiken actually balik kg perak and sempat la plak berpiknik di Teluk Batik (story pasal piknik nnt ek..) tp 3 ari je ddk kg..ari isnin dah blk s.alam blk sebab takut jln jem plus keje dkt rumah yang menimbun tak setel lg..tkt la tertunda so decide utk blk isnin ptg..on the way balik tuh singgah la pasar malam dkt kuala selangor..Mr Hubby pun sempat la membeli ikan n udang untuk santapan esk..lgpun dkt situ seafood mmg fresh belaka..kalu beli dkt freshmart mmg kompom la kan semua ikan dah pakai contact lens uols..tu belum citer plak Mr Hubby beli ikan dah busuk..*mmg pitam time nak siang ikan tuh nak marah pun tak guna sbb org laki beli ikan pakat beli je..takde la nak check condition ikan tu mcmana*

Bila dah beli smua tuh tetiba kepala blh blank tak tau nak masak apa..last-last decide masak je udang tuh SWEET SOUR PRAWN..resipi diolah ikut tekak sendiri plus barang yang ada dkt rmh...hihihi..so dkt bawah nih ahkak share la skit resipi n gbr untuk tatapan uols smua...


SWEET SOUR PRAWN

Resipi: Ciptaan sendiri ikut selera

Bahan-bahan:

500g udang (plg best kalu udang jenis besar or udang galah)
10 tangkai cili kering (dikisar)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
5 tangkai cili padi (dihiris)
1 potong nenas (dipotong dadu) - tak letak pun sbb takde stok :)
2 tangkai daun kari
kunyit
garam dan gula sesedap tekak

Cara memasak:

1. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan udang tadi. Setelah udang bertukar warna angkat dan toskan.
2. Dengan minyak udang tadi tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.
3. Setelah terbit bau masukkan daun kari dan cili kisar tadi. Masak sehingga cili tadi hingga kering setelah itu masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebati.
4. Jika bahan-bahan terlalu kering blh tambahkan sedikit air bagi mengelakkan bahan tumisan itu hangit.*jgn terlalu banyak air*. Kemudian masukkan tomato dan nenas. Kacau sehingga buah-buah tadi masak dan masukkan garam dan gula.
5. Setelah bahan-bahan betul-betul kering dan terbit minyak masukkan udang yang telah digoreng. Kacau sebati dan taburkan dengan hirisan cili padi. Siap tutupkan api dan boleh diangkat.
*Tak perlu tumis udang terlalu lama sebab udang dah sedia digoreng just nak pastikan udang bersalut dengan bahan-bahan tadi. Bila udang dimasak terlalu lama takut menyebabkan udang tu overcook and tak sedap*

Ini rupa SWEET SOUR PRAWN saya...






Monday, January 16, 2012

Khaleef is already 5 month

Hi peeps...

Lama sungguh menyepi daripada dunia blogging..lebih banyak membaca a.k.a bloghopping sajork..dalam ketika menyepi tuh sebenarnya tgh carry baby..ank no 2 and now dia dah msk 5 bulan uols..and his archievement dah pandai meniarap sewaktu usia blm cecah 3 bulan..so cepatttt kan..and sekarang dia tgh sibuk nak belajar utk move..itu montot sudah angkat tinggi tp bila dia push kepala ke depan...dumbbbbb!!!tersembam..terus nangis and trs nak upah susu...alasankan takmo ddk bawah lelama..so bt la taktik mcm tuh...mak dah biasa dah anak2 bt skill tuh...:P

His weight for this month pun tak byk naik instead of 1kg to 1.1kg increment everymonth..this month just naik 400g saja so total weight 7.2kg sajork..tp consider byk la jgk coz time kakak a.k.a rina dulu 7kg masa umur setahun..kakak is sooooooo kedinggggggg hokay until now...so bila baby dah msk 5 bulan nih ibu dia mula struggle nak ready utk prepare his first solid food...almaklumlah dah lama kot takde baby (walhal ank baru 2 org..hihihi) so mmg totally lupa nak bagi makan apa...hahahahahaha..so time bosan-bosan ini (ko bukan banyak keje ke tijah...ngeeee) mak gugel la kot-kot ada resipi yg menarik utk si dumuk tuh..after 1/2 day bloghopping nih jupe la jgk a few recipe yg menarik minat utk ibu bekerjaya and blh sharing dengan uols smua..sumber di ambil daripada dunia-anak-ku.. mohon copy tuan rmh...hihi...so pada sesapa yg rasa nak full info blh la pegi ke blog dia dkt atas..blh trs link dkt atas...

sumber: http://dunia-anak-ku.blogspot.com

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia
Kebiasaannya pada umur bayi empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) mereka mungkin bersedia untuk makanan pejal. Ada beberapa tanda yang menunjukkannya antaranya:
  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.
Namun, anda dinasihatkan merujuk kepada pakar kesihatan untuk memulakan makanan pejal, lebih-lebih lagi jika anak di bawah 6 bulan.

Kebaikan Untuk Bayi :
  • Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.
  • Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.
  • Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.
  • Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.
  • Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.
  • Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.
Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:
  • Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.
  • Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.
  • Bekalan susu ibu yang lebih stabil
so that all uols...and dkt bwh nih ada gbr si dumuk saya...


Ni muka a few hour after deliver...mata takleh buka sbb sepet sgt...


muka excited nak celebrate birthday kakak...atuk panggil dia yap ah loy bila pakai topi nih...:D


budak botak yg sepet...:D


style terbaru dia bila nak blaja moving...utk pastikan tak terhantuk bila move ke depan..landing kepala dulu baru jatuhkan montot...


p/s: kalu rajin nnt story psl kakak nyer skool..

Thursday, December 16, 2010

My Lazy Week

Holla all...

This week terasa sgt kemalasan yang menggunung...rasa tahap malas tuh dah setinggi Gunung Everest dah..nak bt apa pun malas..rasa mcm nak ddk saja dkt rmh...takmo kemana-mana...grrrr..
Even nak menyiapkan keje yang tak seberapa pun mcm ala-ala liat gitu..

Baru kejap nih menghabiskan membaca Ajax's blog. sungguh berjela mamat tuh kalu dapat hapdate blog..dari suka kepada sedih..nih yang mak rasa la kan...tetiba mcm ala-ala touching kan baca blog mamat sorang nih...knowing ajak mmg ssh nak tgk dia nih sedey..mmg ada je humor dia..pastu berckp takmo kalah hokay..selalu ckp dkt nih mulut mcm pomp then trs dia ngaku dia pomp...nan ado uols...i missed the sweet time with all my fwens...skg sgt ssh nak together-gether ngan kengkwn yg ala-ala pecah panggung nih..almaklumlah memasing dah ada komitmen dgn suami..plus ank ciak miak kan...hehehe..(suka lari topik kan)

Ari ni bertambah 1 ari lg kebosanan iols..tak tau la apsal..mmg malas ya hamat la...tuhan saja yg tau..blk rmh pun mls jgk..suma keje rmh Mr Hubby yang buat...iols hanya la ddk melepet dpn tv plus tdo...hehehehe..kalu lapar pun harus before balik tapau sajork la kan...as usual la kan...:P

Erm...ok la rasa mcm nak merayau-rayau sekitar S.A mencari ketenangan jiwa before menghabiskan waktu keje petang nih...then esk menanti lg...arghhhh akak tak sabar nak coti nih...nnt ada masa akak hapdate lg kan...ada bda nak hapdate tp penyakit M nih melampau-lampau plak rasanyer...takpe this weekend akak try cari vitamin R...:P

p/s: ...nothing to say...

Friday, December 10, 2010

Happy Anniversary

Salam semua...

Lama tak menghapdate blog ini. Gara-gara bercuti selama seminggu harus la terbiar saja blog ku ini (citer cuti nnt akak hapdate sbb skg tgh kebizian)...skg nih nak story psl anniversary akak yang jatuh pd 9 Disember iaitu semalam...zasssss...akak lupa noks yang anniversary akak smlm...dah smpi rumah baru la Mr Hubby btau...tp sebenarnya dia pun lupa jgk dah petang baru terigt..say sorry to him tp sib baik la dia tak bising..

Actually nih adalah Anniversary ktorg yg ke empat...dah 4 tahun kita kawin kan darling..mcm2 benda berlaku n we still can manage our life together...awal-awal kawin dulu mmg selalu la bergaduh biasala dua-dua panas baran..tp skang dah mula relax la...hehehe..thn-thn sblm nih tak celebrate pun sbb mcm2 hal berlaku time nih...

1st year - akak dlm pantang..masa tuh baru 5 ari pantang so harus la ddk rmh saja...

2nd year - Rina warded..so celebrate dkt hospital saja

3rd year - Mr Hubby keje dkt seremban..so mmg takde la time tuh

4th year - Ini tahun akak lupa tarikh tp still berkesempatan celebrate...:)

Tahun nih mcm tahun-tahun sudah takde special celebration je just mkn dkt luar je...Mr Hubby bg suggestion nak mkn dkt Dome or TGIF...so akak yg ala-ala kenyang gitu pilih la TGIF..sbb fkr dkt TGIF mkn best skit ada salad bagai..

Tp bila smpi dkt TGIF...tgk menu...wahhhhhh!!!hilang rasa kenyang dan-dan la perut akak lapar...utk si kecik rina akak orderkan Spagetti marinara coz makcik nih sibuk nak mkn mee...iye smua bda yg mcm mee dia pgl...bihun pun mee, laksa pun mee, spagetti pun mee...hahahaha...utk Mr Hubby dia order Tennessee Chicken and akak order Tennessee Burger (konon kenyang la kan...hehehe)..tp mmg kenyang pun..portion utk burger sangat besar dan akak mkn separuh saja and balance bg dkt Mr Hubby...hehehe...gambar tak smpt nak snap...so akak google je la ek...so inilah main course kami...


Nih Mr Hubby nyer menu

Nih akak nyer portion..nih teringin sebab selalu sgt tgk citer dkt food network asia...

After simple celebration tuh ktorg pun blk rmh saja takde apa nak buat perut dah kenyang mata pun harus la mengantuk...

Cuma harapan akak pd Mr Hubby ialah moga perjalanan hidup sebagai suami dan isteri dipermudahkan dan diperolehkan oleh-Nya anak-anak yang soleh..mendengar kata dan menjadi insan yang berguna..diharap juga kita menjadi suami/isteri yang terbaek untuk diri masing-masing...amin

p/s: Mr Hubby dpt present terbaekkk sepanjang hidup...so dear jgn lupa present i pulak...:P

Monday, November 29, 2010

happy holiday *wink*

Moorrrningggg peeepsss!!!!

Lama tak menjenguk blog neyh..agak berhabuk jgk la blog nih dibuatnya...ke'bz'an di office sangat melampau sehingga menyebabkan akak tak smpt nak hapdate blog ku ini..bila blk rmh pun ala-ala dugong terdampar je...dah mmg mls nak bt apa-apa...letih sungguh rasa badan...

Plus semua keje kena siapkan before tomorrow...kihkihkih...coz esk akak dah start cotiiiiiiiii smpi la ke jumaat...tak sabar rasa nak cuti...blh lupakan seketika keje-keje yang menggunung banyaknya tp sebelum cuti harus la byk pesanan penaja dari mak tiri akak utk disiapkan....inform dkt dia nak cuti pun last friday tuh pun dah nak pukul 5...wakakakaka...bertindak sedikit keji la kan sbb kalu inform awal-awal lg byk pesanan penaja aku akan terima...so mcm ala-ala tak kose nak dgr khutbah so bitau last minute la...harharhar (gelak jahat)

So utk smua blogger selamat bercuti hujung tahun yea....blk cuti akak hapdate lg hokay...bubbyyyyy

p/s: jgn nakal-nakal smua...nnt kita jupa lg...;))

Saturday, November 20, 2010

Jalan-jalan Cari Resipi (JJCR)

Salam hujung minggu semua...

Hari ini akak dapur akak tak berasap lagi..penyakit M dah berganda-ganda dalam badan..hehe..tp mmg akak jarang masak pun especially weekdays..sebab kami satu family jarang mkn mlm..Mr Hubby pun kalu tanya nak mkn apa..dia akan soal kita blk nak mkn ke..kalu kata tak nak trs dia pun takmo makan..iye la kena diet skit..bdn pun bkn comel lg so kalu asik makan je..makin tembun la bdn nih...tak mkn mlm pun bdn tak kecik jgk...hehehe..tp at least control la skit kan..(ayat penyedap ati..;P)

Hari ini Mr Hubby takde dkt rmh..ada course dkt ofis dia smpi petang..so tengahari harus la mkn di luar tak blk rmh..so akak pun mcm tak berapa nak ada mood masuk dapur..rasa mcm nak bermalas-malas je ari nih...penat blk dari johor and blk kg raya haji ari tuh mcm tak hilang lg..so mmg confirm akak ddk je..si kecik pun jenis tak berapa nak makan so tak menjadi hal la di situ..mak suke gitu...

Tapi dalam malas-malas pun sempat jgk la menjenguk dapur CMG, kak ummi kuantan dan lain-lain web masak...wakakakaka...cari resipi...memula mengidam nak bt meatloaf..jenuh mencari dari satu blog ke satu blog akak terjah tak jupe...naik give up...last2 jupe dkt dapur kak ummi...so meatloaf confirm menu utk bfast esk...bt mlm nih esk tepek ngan burger roll...kihkihkih...nak bt skang ada plak bda yg takde dkt dapur kecik akak tuh..so harus la tunda ke mlm ini..ptg nih mau kuar cari barang...hehehehe..

Dalam penjelajahan tuh tetiba terfkr laici hadiah hamper ari tuh masih belum bersentuh lagi..ari tuh dah janji dgn bebdk ofis utk bt puding laici plak...jupe dkt dapur CMG dan kak ummi...so itu akak buat esk la sbb ari nih mmg agenda utama adalah bermalasan saja dirumah (dasar pemalas kan..ekekeke)

Lastly tetiba terigt plak ngan carrot cake SR..walla sedapnya kan...pastu rasa mcm nak blaja bt...yezza akak bab2 bt kek nih mmg fail skit..so tgk cara pembikinan dia mcm senang jgk...kalu fail jgk mmg dasar tangan takde seni nak bt kek la kan..tp yang nih tatau lagi bila mau bikin...hehehe..td terjah dkt dapur CMG...mmg nampak senang..nnt la kalu akak rajin akak bt la...kalu jd akak post dkt sini...neway thanx to CMG dan kak ummi sebagai pembekal resipi pada akak yang masak ala-ala jew...resipi sudah disalin tinggal mau bikin...bila mau bikin???kena tunggu angin R datang dalam diri...hehehe

p/s: kalu dah malas masak..makan cream cracker cicah nescafe sambil berblogging pun sedap..;)

Thursday, November 18, 2010

Siaran Tertunda Lagi

Morning peeps...

Ini adalah siaran tertunda lagi..lately nih akak terlalu sibuk dgn kehidupan (kelas statement mcm aku sorang je hdp dlm ini donia...kihkih)..pelbagai perkara berlaku dengan 1001 dugaan...*gempak statement pepg akak*

Tapi mmg betul pun dari hjg bln 10 smpi skg asik sibuk memanjang..keje la..org kwin la hjg mgu..n etc..so nak menghapdate blog pun jd perkara yang terakhir akak nak buat..mcm2 je nak tulis tp tak smpt je nak menghadap blog nih..so blog nih pun ala-ala bersawang gitu...takpe smlm n ari nih akak clearkan sawang-sawang itu..hehe..

Ok today just nak share apa yang akak dah lakukan pada 31/10/2010..before this pada N3 ini akak dah janji nak share la some pic utk tatapan pengunjung blog (ada ke org tgk blog aku pun...hikhikhik)..ok order nih datang dari Wan Adawiah...colleague Mr Hubby..thanx to Adda coz percaya dkt akak utk bt coklat hantaran dia..actually majlis pertunangan dia jatuh pada 6/11/2010 tp dia nak a week before majlis...so akak deliver dkt dia pd 31/10/2010...this is my 1st attempt utk bt coklat hantaran...pening jgk sebenarnya...sbb nak kena fkr theme color plus nak jadikan coklat tuh cantik...nak fikir susunan dlm box tuh..pattern coklat apa yang cantik utk disusun dlm box...smua tuh kena amik kira utk jadikan coklat ini cantik...hehehe..alhamdulillah berjaya jua...

Dekat bawah nih a few pic utk tatapan diri sndr dan utk org-org yg sudi dtg blog ini...walla

Coklat Hantaran Dalam Box

In different angle

Coklat Hantaran With Simple Deco

Jessie - sangat tidak kena mengena dalam ini siaran...haish!!!rina nyer penangan

p/s: next is order from fiza & neeja - they all order door gift utk wedding adik diorg...thanx uols

Kari Daging Kerisik + Cucur Bilis

Salam Jumaat...

Bagaimana hari anda hari ini???seronok, penat dengan kerja harian???walauapapun yang berlaku kehidupan harus diteruskan...yeahhhhh...ayat pembukaan akak yang malatops...sesekali nak berfalsampah apa salahnya..dulu cita-cita nak jd reporter tp BM tak brapa nak distinction...kurang 1 markah je nak dpt A1...hikhik...memlm nih tetiba mengarutkan..bagus sgt la tuh...bukan apa ari nih otak rasa terbeban..walhal cuti utk aidiladha 1 ari je..skali ari nih la mcm-mcm bda berlaku..

Disebabkan itu la ari nih akak tak berjimba di waktu rehat..dah lama rasanyer waktu rehat tak ddk memerap dkt ofis...rasa thn nih baru ari nih tak kuar kot..lbhnya mmg plg dkt akak menjelajah adalah Plaza Masalam...hikhikhik...almaklumlah ada teman selangkah iaitu teman akak si fiza nih..makcik nih pepg sure dia dah roger akak tanya apa plan utk waktu rehat yang panjang..at least we go out for lunch smbl bergosip sebakul dua...hehehe..selalu berdua..kekdg ada tambahan korum iaitu intan n syahmun..tp ari nih disebabkan ada keperluan mendesak iaitu ada laporan kewangan (eng bt keje-keje accountancy...sunggusss buhsan u..)perlu submit b4 2 o'clock akak stay la dkt ofis..mmg tak rehat ari nih akak..kejap2 kang bos intercom...tuh antara penyebab kenapa akak takmo ddk ofis..ada je bda nak suh bt nak tanya..mcm kaunter pertanyaan dah...

So disebabkan kebosanan ini la akak suka ddk dapur...berkarya di dapur..try something new recipe..kalu jd tuh best tp kalu tak jd tuh geram jgk..tp try lagik smpi jd...hehehe..so ari nih akak nak share resipi yang akak buat smlm...actually bt dkt rmh mak mentua..tapau skit bawa blk utk mkn mlm kami sekeluarga...ok..let's check it out...

Cucur Ikan Bilis

Resipi:

4 cawan tepung gandum
2 cawan air panas (air panas yang baru lepas mendidih)
1 labu bawang merah
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit
segenggam ikan bilis
air sejuk secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara-cara:

1. Satukan tepung, garam dan kunyit.
2. Masukkan air panas dlm 1. Kacau cepat utk mengelakkan air panas mengentalkan sebahagian
tepung tersebut. Kacau sebati dan masukkan air sejuk secukupnya. Jangan terlalu cair. Nak tau
adunan dah ok try gunakan tangan dah buat gumpalan kecil. Kalu kental makna ok la tuh...
3. Setelah itu masukkan ikan bilis dan bawang. Kacau rata dan gorengkan dengan minyak panas.
Goreng hingga cucur kekuningan dan angkat serta toskan.

**tak rugi try cucur nih..npk simple tp sangat lembut..beza kita bancuh cucur dgn air sejuk
biasa...selalu akak bt cucur guna nasi utk kasi lembut tp kelembutan cucur nasi sangat berbeza
dgn cucur yang dibancuhkan dgn air panas..sebab dah sejuk pun dia maintain lembut ko...

Kari Daging Kerisik


Resipi:

1 kg daging
5 ulas bawang merah* - dikisar
4 ulas bawang putih* - dikisar
1 inci halia* - dikisar
4 sudu cili kisar
5 cawan santan pekat
3 sudu rempah kari daging - dibancuh dgn air
2 tangkai daun kari
1 batang serai - dititik
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu kerisik
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
air asam jawa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bunga lawang dan kayu manis. Masukkan
bahan-bahan kisar, serai yang dititik. Tumiskan hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau
goreng.
2. Setelah cili garing masukkan bancuhan rempah kari dan gaulkan seketika. Masukkan daging dan
biarkan daging keluarkan air dan kecut seketika.
3. Masukkan santan setelah daging mengecut dan lembut. Saya gunakan santan pekat saja sebab
daging telah mengeluarkan air yang banyak dan sekaligus mengurangkan kepekatan santan itu.
4. Biarkan santan mendidih dan pekat sedikit dan masukkan kerisik. Rasakan dgn garam, gula dan
asam setelah daging lembut. Jangan masukkan garam dan asam terlalu awal sebelum daging
lembut sebab kedua-dua bda ini akan menyebabkan daging lambat lembut. Agak-agak dah rasa
ikut tekak memasing padamkan api dan angkat.

**Kari daging kerisik nih sedap kalu makan dgn cucur ikan bilis di atas or roti jala..mmg
nyum..nyum..mak mentua lalu pun mak tak perasan...hehehe

p/s: keje akak nih makan je kan...mana la badan nak slim..hehehe..takpe next time akak diet k...

Salam Iduladha

Assalammualaikum semua...

Rasanya masih belum terlambat utk mengucapkan salam iduladha pada semua. Tahun nih saya dan keluarga menyambat iduladha di rumah mentua..malam raya baru blk..iduladha disambut ringkas. Juadah yang terhidang memadai dengan lemang dan rendang..Pagi raya seperti biasa kami bersama-sama menunaikan solat sunat aidiladha..

Balik solat kami melepak saja dirumah sambil sambung makan lagi...*wink*..(makan je ko..mana bdn tak tembun..hikhik) Perbezaannya tahun nih kami menunaikan ibadah korban..dan buat julung-julung kali nyer kak tipah pegi masjid tgk org sembelih lembu...dah 30 karat umur kak tipah..nih la pertama kali kak tipah tengok lembu kena sembelih..selama nih tgk ayam je kena sembelih..pada awalnya kak tipah mmg tak berminat nak pegi tgk sbb tau tahap keberanian tgk darah adalah di tahap yang minima..tp disebabkan si kecik rina meroyan nak ikut cousin dia pegi masjid..finally kak tipah jejak jgk la kaki ke masjid..sampi saja ke masjid dah 3 ekor lembu telah dikorban out of 7..kebetulan plak lembu korban kami yang no 7..harus la kena tgk smua lembu kena sembelih..mmg kak tipah ddk belakang je smbl Mr Hubby dukung si kecik rina utk tgk COW kena sembelih..tp rasa mcm tak puas bila dah smpi tp tak tgk..kak tipah pun tunjuk la macho utk tgk lembu kena sembelih..tak silap masa tuh lembu no 5..memula lembu di tambat dan ditakbir before disembelih...bila pisau diletakkan dileher dan sesi menyembelih dilakukan..hamek ko...memancut darah kuar..darah lembu kan ko igt mcm darah ayam...*statement akak ipar akak*..

Dengan machonyer akak gigihkan jgk amik gbr sbb Mr Hubby dukung si kenit..dapat la 5-6 snap gambar..sambil snap gmbr tuh dgr la lembu korban tuh mendengus kuat gila smbl darah masih terus memancut..pastu tetiba je kepala rasa melayang tekak rasa loya..yezza akak mabuk...terus berundur n ddk dkt tepi masjid je sbb dah rasa pening n loya..dah agak dah..Mr Hubby pun bising dah tau awak tak berani pi tgk bt pe..bila lembu korban no.7 disembelih trs ajak Mr Hubby balik..tak larat mak..nak muntah..kihkihkih..pdn muka aku..balik rmh kak tipah trs serbu bilik dan tdo..*sorry mak tak larat nak masak (kekdahnya)*

Lembu sedang ditambat


Sembelihan berlaku..time nih dah banyak darah kuar


Sesi mengeluarkan darah lagi..memancut-mancut darah kuar ko!!!


Sesi melapah lembu...


Lembu no.7..lembu korban ktorg..pas amik gbr nih akak dah takleh tahan mau muntah..hikhik

p/s: sib baik time bersalin tak npk darah kan...hehehehe