CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 16, 2012

Khaleef is already 5 month

Hi peeps...

Lama sungguh menyepi daripada dunia blogging..lebih banyak membaca a.k.a bloghopping sajork..dalam ketika menyepi tuh sebenarnya tgh carry baby..ank no 2 and now dia dah msk 5 bulan uols..and his archievement dah pandai meniarap sewaktu usia blm cecah 3 bulan..so cepatttt kan..and sekarang dia tgh sibuk nak belajar utk move..itu montot sudah angkat tinggi tp bila dia push kepala ke depan...dumbbbbb!!!tersembam..terus nangis and trs nak upah susu...alasankan takmo ddk bawah lelama..so bt la taktik mcm tuh...mak dah biasa dah anak2 bt skill tuh...:P

His weight for this month pun tak byk naik instead of 1kg to 1.1kg increment everymonth..this month just naik 400g saja so total weight 7.2kg sajork..tp consider byk la jgk coz time kakak a.k.a rina dulu 7kg masa umur setahun..kakak is sooooooo kedinggggggg hokay until now...so bila baby dah msk 5 bulan nih ibu dia mula struggle nak ready utk prepare his first solid food...almaklumlah dah lama kot takde baby (walhal ank baru 2 org..hihihi) so mmg totally lupa nak bagi makan apa...hahahahahaha..so time bosan-bosan ini (ko bukan banyak keje ke tijah...ngeeee) mak gugel la kot-kot ada resipi yg menarik utk si dumuk tuh..after 1/2 day bloghopping nih jupe la jgk a few recipe yg menarik minat utk ibu bekerjaya and blh sharing dengan uols smua..sumber di ambil daripada dunia-anak-ku.. mohon copy tuan rmh...hihi...so pada sesapa yg rasa nak full info blh la pegi ke blog dia dkt atas..blh trs link dkt atas...

sumber: http://dunia-anak-ku.blogspot.com

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia
Kebiasaannya pada umur bayi empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) mereka mungkin bersedia untuk makanan pejal. Ada beberapa tanda yang menunjukkannya antaranya:
  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.
Namun, anda dinasihatkan merujuk kepada pakar kesihatan untuk memulakan makanan pejal, lebih-lebih lagi jika anak di bawah 6 bulan.

Kebaikan Untuk Bayi :
  • Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.
  • Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.
  • Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.
  • Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.
  • Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.
  • Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.
Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:
  • Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.
  • Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.
  • Bekalan susu ibu yang lebih stabil
so that all uols...and dkt bwh nih ada gbr si dumuk saya...


Ni muka a few hour after deliver...mata takleh buka sbb sepet sgt...


muka excited nak celebrate birthday kakak...atuk panggil dia yap ah loy bila pakai topi nih...:D


budak botak yg sepet...:D


style terbaru dia bila nak blaja moving...utk pastikan tak terhantuk bila move ke depan..landing kepala dulu baru jatuhkan montot...


p/s: kalu rajin nnt story psl kakak nyer skool..

No comments:

Post a Comment