CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 26, 2012

Masak Di hujung Minggu

Assalammualaikum...

Setelah bercuti lama nih mood nak keje pun tak mari-mari..jenuh tiup segala bagai mentera tp still tak datang gak mood plak..ditambah plak kena bt keje adhock..trs jd stress plus malas..so drp tak tau nak buat apa baik update blog kan..at least blh gak merapu skit & hilangkan stress yang dah mengetuk pintu hati..*ayat novel sangattttt*

So last wiken actually balik kg perak and sempat la plak berpiknik di Teluk Batik (story pasal piknik nnt ek..) tp 3 ari je ddk kg..ari isnin dah blk s.alam blk sebab takut jln jem plus keje dkt rumah yang menimbun tak setel lg..tkt la tertunda so decide utk blk isnin ptg..on the way balik tuh singgah la pasar malam dkt kuala selangor..Mr Hubby pun sempat la membeli ikan n udang untuk santapan esk..lgpun dkt situ seafood mmg fresh belaka..kalu beli dkt freshmart mmg kompom la kan semua ikan dah pakai contact lens uols..tu belum citer plak Mr Hubby beli ikan dah busuk..*mmg pitam time nak siang ikan tuh nak marah pun tak guna sbb org laki beli ikan pakat beli je..takde la nak check condition ikan tu mcmana*

Bila dah beli smua tuh tetiba kepala blh blank tak tau nak masak apa..last-last decide masak je udang tuh SWEET SOUR PRAWN..resipi diolah ikut tekak sendiri plus barang yang ada dkt rmh...hihihi..so dkt bawah nih ahkak share la skit resipi n gbr untuk tatapan uols smua...


SWEET SOUR PRAWN

Resipi: Ciptaan sendiri ikut selera

Bahan-bahan:

500g udang (plg best kalu udang jenis besar or udang galah)
10 tangkai cili kering (dikisar)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
5 tangkai cili padi (dihiris)
1 potong nenas (dipotong dadu) - tak letak pun sbb takde stok :)
2 tangkai daun kari
kunyit
garam dan gula sesedap tekak

Cara memasak:

1. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan udang tadi. Setelah udang bertukar warna angkat dan toskan.
2. Dengan minyak udang tadi tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.
3. Setelah terbit bau masukkan daun kari dan cili kisar tadi. Masak sehingga cili tadi hingga kering setelah itu masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebati.
4. Jika bahan-bahan terlalu kering blh tambahkan sedikit air bagi mengelakkan bahan tumisan itu hangit.*jgn terlalu banyak air*. Kemudian masukkan tomato dan nenas. Kacau sehingga buah-buah tadi masak dan masukkan garam dan gula.
5. Setelah bahan-bahan betul-betul kering dan terbit minyak masukkan udang yang telah digoreng. Kacau sebati dan taburkan dengan hirisan cili padi. Siap tutupkan api dan boleh diangkat.
*Tak perlu tumis udang terlalu lama sebab udang dah sedia digoreng just nak pastikan udang bersalut dengan bahan-bahan tadi. Bila udang dimasak terlalu lama takut menyebabkan udang tu overcook and tak sedap*

Ini rupa SWEET SOUR PRAWN saya...






2 comments:

  1. bila aku leh rasa masakan ko ni yong
    hehehe

    ReplyDelete
  2. ko msk lagi hebat kot dr aku...aku yg terliur nak rasa air tangan ko maza...hihihi

    ReplyDelete