CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 15, 2012

Bubur Nasi Vs Puree Sayuran/Buah

Assalammualaikum...

Sebelum uols meneruskan pembacaan mak nak btau n3 kali nih agak panjang..:) Hari nih nak story psl penyediaan solid food untuk si baby khaleef..memandangkan dia 6 bulan so mak pun semangat la nak bg dia makan...macam-macam blog mak baca..mmg banyak input la untuk penyediaan solid food untuk si budak kecik nih..kalu dulu time kakak mmg mak takde la rajin sgt nak sediakan solid food nih..mmg confirm beli sajork...tp lately nih banyak la plak terbaca macam-macam bda yg diorg letak dlm cereal untuk baby nih trs rasa insaf kejap mak noks...hehehehe..tp walaupun bagi kakak mkn cereal yg dlm tin bernama N****m tuh tetap gak kurus besar kan...alhamdulillah syukur sebab takde la jadi apa-apa dkt dia time tuh...:)

So memandangkan rasa insaf yang agak menebal mak gagahkan jgk la nak bt puree n bubur nasi untuk budak kecik nih..walaupun Mr Hubby i duk la bising...apalagi la yg dibuat dkt dapur ni tak sudah-sudah..tertekan mak tau..bila mak buat gaya ala-ala mermaid dkt atas sofa tuh pun dia bising..bila mak start buka novel tuh pun dia berkata jg...so kesimpulannya apa mak nak bt kalu dkt rmh tuh...tell me darling...hihihihi

Masa memula btau Mr Hubby pasal mak nak masak sendiri bubur nasi baby n try nak avoid bg instant solid food Mr Hubby i mcam takde respon je tau...last week siap tanya ehhh kita tak beli n*****m untuk khaleef..cpt lupa tau asben mak ni penat mak ckp takmo bg baby bda tuh..tetap nak jgk...tp mak bt tak reti je sampai la mak prepare puree nih utk anak dia nih...
Ok lets continue story psl preparation solid food nih..actually bda nih mak lupa dpt dr blog mana cause byk sgt blog yg mak terjah masa nak bt penyediaan solid food nih..1st of all mak nak buat bubur nasi untuk baby...pada ibu-ibu yg bekerja cara nih mungkin memudahkan pada uols semua..actually banyak cara untuk buat bubur nih tp mak suka cara yang nih sbb bubur untuk baby still fresh plus sesuai untuk mak yang takde slow cooker and memudahkan pada penjaga ank mak...hehehe

Bubur nasi

Bahan-bahan
* Beras + ikut banyak mana uols nak pki, masa nih masa buat 2 pot nasi +
* Air secukupnya

Cara-cara:

* Cuci beras cam nak masak nasi. lepas tuh rendamkan beras tuh dlm 2 jam or lebih

* Toskan beras tadi. Panaskan kuali dan masukkan beras yang ditoskan tadi. Goreng tanpa minyak beras tadi.


* Sentiasa kacau beras tadi sampai kaler keperang-perangan. Pls jgn tinggalkan dapur untuk kemana-mana tkt beras anda hangit. Rupa beras yang telah siap digoreng seperti di bawah.


* Setelah itu blenderkan beras tadi dan ayakkan untuk menghasilkan tekstur bubur yang benar-benar lembut dah sesuai untuk baby anda. Tapi kalu malas lps blend tuh blh mskkan dlm tupperware trs and masa lepas masak tuh blh blendkan sekali lagi..mmg menghasilkan bubur yang sangat lembut dah sesuai untuk baby kita..jgn kata baby ank dara mak pun suka juga bubur nih...kalu bg adik mkn sure dia pun duk bertenggek nak minta skit...


ni hasil selepas diayak

nota kaki: simpan dalam bekas kedap udara untuk elakkan berbubuk..tp mak buat untuk stok semgu..bila nak pki just masak dlm 2-3 sudu kecil dah cukup untuk sekali makan.


Puree Sayuran/Buah

Puree nih mak buat untuk masukkan ke dalam bubur di atas..so takde la plain sgt bubur mak kan...hihihi..

Bahan-bahan

* 1 batang carrot bersaiz besar
* 3 biji kentang bersaiz kecil
* 3 biji epal
* air untuk merebus

Cara-cara:

* Kupas kulit semua buah/sayuran tadi dan cuci bersih.
* Potong dadu buah/sayur tadi untuk mempercepatkan proses merebus..

Carrot yang telah di dadu

Epal yang telah dibuang kulit dan di dadu

* Kemudian masukkan buah/sayur tadi ke dalam periuk dan boleh mulakan merebus sehingga buah/sayur tadi lembut.

+ petua disini paling bagus kukuskan buah/sayur nih untuk kekalkan zat dalam buah/sayur tp mak nak cepat so mak rebus je+

Kentang sedang direbus

Carrot sedang direbus

* Setelah empuk buah/sayur tadi sejukkan seketika dan masukkan ke dalam blender. Air rebusan tadi boleh digunakan sewaktu mengisar buah/sayur tadi.

* Sediakan storage untuk isikan puree tadi. Macam mak, mak pakai bekas ice cube yang bertutup. Bekas ni mak beli dkt GIANT je.
+ important di sini, pastikan anda simpan puree nih dalam bekas yang bertutup untuk memastikan puree anda bebas drp segala makhluk yang tidak kelihatan+

ni contoh bekas untuk simpan puree

* sudukan puree tadi ke dalam bekas

puree kentang and carrot sudah ready untuk disimpan

puree epal mak simpan dalam bekas dadih sebab untuk morning session

* Setelah itu tutup bekas puree dan simpankan didalam fridge dkt tempat simpan ais untuk dibekukan.

p/s: seronok bila tgk anak mkn apa yg kita masak...:)

7 comments:

  1. bagusla resepi akak nie..leh try tue 2nd baby :D...cume nak tahu knpe ngan produk n****m erk??
    tuk pengetahuan diri sendiri :D

    ReplyDelete
  2. hihihihi...akak pun baca thru blog n try utk baby..product n****m ada certain perisa dia yg ditarikbalik dari pasaran sb mengandungi apa ntah tak igt nama bda tuh tp mcm plastik la...so mmg sgt berbahaya utk baby...tuh yg ank no 2 try avoid utk bagi instant solid food

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak sy taknak makan epal la....ade buah len ke boleh ganti....???

      Delete
  3. ada...ko try la buah betik, pear or pisang...epal nih kekdg masam skit..anak saya pun tak brapa suka gak..tp campur ngan susu bg hilangkan rasa masam dia..pastu blh try bt paste kurma...cara dia sama je..buang biji n rebus pastu blend...

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK...da paham...tp tak buat lg....hehehehe

      Delete
  4. Salam nk tanye..beras yg dah blender and ayak tu... Klo nk bg baby makan, kene masak? Ke tambah air panas je? Minta pencerahan.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun nk tanya bnda yg sama...ade sesape blh hgtau x..

      Delete