CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 30, 2010

Mee Hailam Ala Cik Tijah

Saya buat menu mee hailam nih utk berbuka pose semalam. Actually dapat resipi nih dalam blog Che Mat Gebu. Before nih pun ada try a few resipi dr CMG dan memang terbukti kesedapannya. Memula tgk dkt blog dia mmg terliur habis. So smlm decide utk try resipi mee hailam nih. So dkt bwh nih adalah resipi dia tp saya dah alter skit mengikut tekak dan kelengkapan di dapur..hehehe..(ampun ek CMG kalu suka suki tukar resipi nih..walaupun alter skit tp maintain sedap..hehehe)..tp pada pembaca semua kalu nak full resipi CMG blh la try skodeng blog CMG kita..

Mee Hailam Ala Cik Tijah

Bahan-bahan
  • 1 paket mee kuning
  • 10 ekor udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 2 keping fishcake
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah (dipotong kiub)
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 10 batang sawi
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 10 biji cili padi (ditumbuk) - kalu nak pedas blh letak extra hokey kengkwn
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*
  • bahan* digaul semua sos dalam satu bekas
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Bersihkan udang dan asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Potong ayam dan fishcake ikut tekak masing-masing.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, gorengkan kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk/kuali, tuangkan sedikit minyak, tumis bawang putih+cili yang ditumbuk td hingga wangi. Masukkan udang, ayam dan kepingan fishcake. Kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan sawi, cendawan dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Agak-agak sayuran td dah masak masukkan garam dan gula. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Akhir sekali masukkan tomato (tak suka masukkan tomato awal2 sbb tkt dia lembik.) Gaul rata. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan mee yang dicelur terlebih dahulu (saya celur mee sbb masa masak kuah lmbt lg nak berbuka so tkt mee kembang. Agak2 nak mkn baru curahkan kuah) Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup dan bawang goreng.

Mee hailam ready utk dingap..hehehehe

p/s: b
ila makan tuh terasa mcm mkn mee hailam yang dkt kedai tuh..yummy...tq CMG

Wednesday, September 29, 2010

Dah salah haruslah kena hukum

Hajat dihati kak tipah nak hapdate blog just to share menu yang kak tipah masak utk berbuka. Tapi ada cerita menarik kak tipah nak share. It's about my little rina. Memandangkan proses pelaksanaan untuk memberi dia adik asik la gagalkan so tahap lemak dia telah mencapai tahap tepu.

Td masa amik dia dkt rmh my sis, my sis told me yg dia telah memulakan tabiat lama dia iaitu mengigit orang sekeliling dan kali ini mangsa dia adalah one of the child yg my sis jaga. Bdk berusia 4 thn (if i'm not mistaken, tp yg pasti lg tua dr dia). Saya pun tak tau napa dia nak pi gigit bdk tuh.

So td harus la saya mengadu ngan Mr Hubby yang dia gigit bdk tuh. Bila dgr harus la Mr Hubby naik angin. Mr Hubby panggil dia utk kaunselingkan dia harus takmo sbb tkt kena tibai..hehe..(tau lak ko takut ek). Last-last Mr Hubby pun pg dkt dia jugeks and dia pun bt2 faham la kan n terus la meleleh airmata konon insaf (drama queen ank mak neyh). Pastu Mr Hubby trs gigit dia and he said 'sakit tak?' 'sakitkan..lenkali jgn gigit2 org..ayah tau rina gigit sesapa lg ayah gigit rina btl2'. hehehe..mak tak campur bila ank n bpk bergdh..mak layan blog lg bgs..hehe

Tp nih bkn la perkara pertama dia kena ngan Mr Hubby..byk lg hukuman yang dia terima..antara yang kak tipah igt adalah:

  1. kena berdiri atas kerusi sambil depa tangan dgn tangan kanan pegang hp mainan dia n tangan kiri pegang botol air dia..reason kena denda mcm tuh sbb kedekut sgt sbb bila Mr Hubby pegang hp mainan dia mengamuk tak hengat..n pegang botol air plak sbb Mr Hubby tak kasi minum air dlm botol tuh sbb dah lama and dia nak tkr tp dia refuse n trs minum..hehe
  2. kena kurung dkt yard belakang rmh..nih byk kali..reason sbb dia selalu menangis takmo berenti..hehe..tp bila kena kurung dkt blkg rmh tuh trs kakak pucat lesi takut (kakak nih mmg penakut skit..bunyi guruh pun blh mencicit lari cari sesapa yg ptt)
  3. mainan kena buang dlm bakul sampah..reason bila Mr Hubby suh dia kemas smua mainan yang dia dah sepahkan dia takmo..last2 Mr Hubby bg kata dua..'rina kemas or ayah buang' tp kakak bt dek je..siap blh gelak2 lg..skali Mr Hubby bgn dia trs amik toy dia n buang dlm tong sampah..meraung kakak dpn tong sampah..hehehe..lps tuh ada la sesi 'menasihati' ank oleh Mr Hubby..finally kakak kena kutip n simpan mainan dia dlm bakul mainan dia..punya berhati-hati dia kutip tkt ada yg tertgl (nasib baik la bakul sampah tuh kak tipah baru lps buang sampah-sarap dia n telah dicuci bagai)
  4. etc..mcm2 lg tak igt sbb byk sgt..nih antara yang igt n no 2 selalu dpt sbb suka menangis mcm kena dera..

p/s: tuh baru hukuman dari ayah dia blm ibu dia lg..ibu dia lg hitler..hehe

::Ayam Masak Kuzi::

Saya rasa masih belum terlambat utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Lama tak update blog. Gara-gara terlalu sibuk dengan order coklat raya so agak bersawang skit la blog nih. Bila dah raya mood raya plak mari so blog masih lagi terbiar sepi. Actually banyak jgk citer yang nak story dkt sini tp masih belum ada kesempatan. Ada masa nnt saya share dgn uols semua. (motips blog arini ayat sunggus berbudi bahasa sbb kak tipah pose..hikhikhik..)

Ok..saya just nak share dgn uols smua psl menu saya buat utk berbuka pose last two days (belum lambat lg kot..hehe). Menu nih glamer dkt belah pantai timur. Saya blaja mkn pun dr kwn saya jenuh minta resipi dkt dia tak dpt-dpt..last-last dpt resipi nih masa beli rempah dia masa ada kursus dkt HQ ari tuh. Beli rempah nih mmg dah lama sgt tp sbb penyakit M dtg so takla berbuat resipi nih duk la tersimpan rempah tuh dlm fridge. Last two days pose tetiba terign nak mkn ayam masak kuzi lepas tgk dlm blog of the bloggers nih la (sori lupa nama). Bila tgk ingredient dia mcm smua ada dkt rmh. So blk tuh trs la berkobar nak masak. Then i told My Hubby utk beli roti sebab tak rasa nak mkn dengan nasi but Mr Hubby request utk mkn nasi so mskkan la skit nasi utk dia. Memula dia rasa pelik jgk coz i this my 1st attempt n dia pun tak pnh dgr nama masakan nih. Perasaan curious tuh pun ada la (dear u alwaz ada perasaan ragu-ragu bila saya mau masak...no..no..no). Tp bila dah rasa dia kata SEDAP..lepas mkn dengan nasi dia amik roti cicah plak ngan roti..mmg terbaekkkkkk..hehe...two thumbs up for me...and mak sukeeeeeeeeeeeeeeee...

Tp menu nih sedap kalu dimakan dengan nasi minyak n acar mentah..tp nak prepare all those thing dlm waktu yg singkat mmg tak la utk saya (walaupun sebenarnya blh je tp M tetap di dalam diri kan..hehehe)..so nih saya kongsi resipi utk korang semua la...



Resipi utk seekor ayam..so kalu nak msk kurang or lebih dr seekor pepdi agak la ek...

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam (potong ikut suka-suki anda)
  • 1 cawan susu cair
  • 2 s/b rempah kuzi (rempah nih saya beli je..tp dkt sini ssh nak cari tp thru online ada jual)
  • 5 biji cili merah (belah dua dan buang biji)
  • 2 biji tomato buah (belah 4)
  • 1 labu bawang besar (belah 4)
  • 2 s/b kismis
  • 5 sudu besar tomato puree
  • garam & gula
  • kunyit
  • minyak
  • kayu manis
  • bunga lawang

Bahan Untuk Dikisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 cm halia (ala-ala sebesar ibu jari..jgn la pi ukur guna kayu pembaris plak ek..hehe)
  • 1 cawan bawang goreng
  • 5 biji cili kering (kalu nak pedas boleh tambah lebih)

Cara Pembuatannya:

  1. Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan kunyit. Gorengkan separuh masak dan toskan minyak.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar td hingga naik minyak.
  3. Masukkan rempah kuzi dan tomato puree. Kacau rata.
  4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak. Masukkan garam dan gula ikut citarasa anda. Angkat bila dah agak-agak semua td sebati dan jgn terlampau kering tkt takde kuah utk dicicah bersama roti.
  5. Sedia untuk dimakan bersama nasi minyak/nasi putih or roti
p/s: mkn ngan lempeng or roti jala pun sedap sb dia ala-ala kari jgk..tp mmg syiokkk la...